Ketupat merupakan menu wajib waktu Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya ketupat ini mempunyai pelbagai jenis bentuk dah rupa. Di Warung Ketupat Kak Yan ini, ketupat dijual sepanjang tahun! Maksudnya pelanggan boleh datang ke warung ini dan nikmati hidangan ketupat bersama lauk lain sebagai menu sarapan pagi. Antara keunikkan lain di warung ini, mereka menganyam ketupat secara berkumpulan. Kak Yan dan kawan-kawan menganyam ketupat secara santai dibelakang warung untuk menghasilkan lebih 400 biji ketupat sehari. Selain itu, makanan lain seperti rendang ayam, rendang daging, kuah lodeh dan sate kerang turut menjadi kegemaran pelanggan.